Imbasan Bedah Buku siri 2

Kepala Batas – Pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu, satu sesi “bedah buku” telah diadakan di surau Taman Bertam Perdana, Pulau Pinang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh sekitar 35 orang peserta , termasuk wakil-wakil pelajar dari IPT-IPT berhampiran seperti Politeknik Kepala Batas, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Penang Medical College dan juga pelajar lepasan SPM.

bedah buku 2

Sesi bedah buku itu telah dikelolakan oleh Saudara Izwan, selaku wakil PEMBINA Pulau Pinang. Beliau telah membedah sebuah buku yang menarik yang bertajuk “Manhaj Hidup Muslim”, karangan Abu A’la Maududi & Syed Qutb seorang ulama tersohor kelahiran Mesir.

Antara pengajaran penting yang dapat diambil dari sesi itu adalah;

1. Kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan nikmat islam dan nikmat menjadi umat rasul junjungan, Muhammad saw.

2. Nikmat menjadi umat Muhammad saw datang dengan tanggungjawab yang besar iaitu mengamalkan islam secara keseluruhan dan menyebarkan kalimah tayyibah (la ila ha illallah).

3. Kalimah tayyibah adalah intipati islam dan perlu diimani secara keseluruhan, bukan sebahagian sahaja.

Selepas sesi itu, kami sempat beramah mesra dengan semua pendengar yang terdiri dari pelbagai latar belakang berlainan. Sedikit jamuan ringan turut disediakan. Sesi bedah buku itu berakhir pada jam 1200 tengah hari. Dan kami bersurai dalam keadaan gembira dan puas. Nun jauh di sudut hati, kami menanti siri bedah buku seterusnya.

Akhirulkalaam, ada umur kita jumpa lagi insyaAllah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

  • Kunjungan

    • 3,942 pelawat
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8 other followers

%d bloggers like this: