Kalam Rejab


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah…segala puji dan syukur dirafaakan ke hadrat Allah krn dgn limpah dan kurnianya, kita dpt kembali menjejaki bulan rejab yang penuh kemuliaan ini…setelah hampir 21 tahun bernafas di bumi Allah ini, kini diri ini terasa ingin menjadi lebih baik dari tahun lepas yg penuh noda dosa yg menghitamkn hati…terlalu byk kesempatan yg telah Allah berikan kpd kita, tetapi kita sering mengabaikannya…setiap kali ditimpa ujian, kita mngeluh…tanpa memikirkan bahawa itu adalah krn Allah menyayangi kita….maka ditimpakan ujian, supaya kita dpt kembali mengingati dan berserah hanya padaNya…

Apabila tibanya bulan rejab, Rasullullah s.a.w. nabi junjungan mulia kita, sering menyuruh kita berdoa yang bermaksud :

“ya Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”


Marilah kita bersama memohon kpd Allah supaya kita dpt ditemukan kembali dgn bulan Ramadhan al mubarak, bulan yg Allah khususkn supaya kita dpt kembali kpdNya setelah setahun bergelomang dgn noda dosa yg melalaikan kita dr mngingatiNya…Madrasah Ramadhan ini memerlukan persediaan sepertimana persediaan kita pada awal persekolahan…dengan baju sekolah, kasut sekolah dan sebagainya..maka, begitulah juga Ramadhan..supaya kita memperoleh ganjaran pahala yg besar atau tingkatan pangkat yg tinggi setelah Ramadhan itu berlalu pergi…

Maka, didalam riwayat baginda s.a.w. , berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban adalah sebagai persediaan utk menghadapi Ramadhan..supaya apabila kita bertemu dgn Ramadhan, kita akan terus bergerak dgn menggunakan gear tiga atau empat…dan bukannya masih di gear satu…dgn itu, kita akan mampu sampai ke gear lima yg paling tinggi…itu hanya sekadar perumpamaan…

Jika kita lihat, pada zaman dahulu, jika manusia melakukan dosa, Allah akan bayar cash pd mereka…tapi, dgn Ramadhan ini, Allah yg maha pengasih memberi kita penangguhan azabNya supaya kita dpt memperbaiki diri…subhanallah…begitu besar cinta Allah terhadap hamba2Nya…walaupun hambaNya sering melakukan dosa dan melupakanNya, tapi Dia tidak pernah melupakan hambaNya…begitulah kasih syg Allah terhadap kita…mengapa kita masih tidak mahu kembali padaNya…???


Dengan ini, marilah kita sama2 memperbetulkan niat dan membuat azam baru utk Ramadhan tahun ini bermula dari bulan Rejab…dengan penuh penyerahan dan pengabdian, kita tunduk penuh tawadhuk mengharapkan hanya pada Allah…memohon pengampunan dgn sepenuh hati…juga meninggalkan segala laranganNya…antara perkara yg kita boleh praktikkan di bulan rejab juga syaaban ini sebagai persediaan menghaadapi bulan Ramadhan adalah :


1. berpuasa sunat paling kurang seminggu sekali, Isnin atau khamis
2. Solat tahajjud seminggu sekali pada bulan rejab ini.
3. Bermula utk membaca alquran sejuzu’ sehari
4. Setiap hari bersedekah walau 25 sen.
5. Menjaga solat jamaah di masjid.
6. Menjaga solat sunat rawatib.
7. Beriadhah utk menjaga stamina badan.
8. Cuba mengurangkan pemakanan sedikit demi sedikit.


Dan lain2 lagi kebaikan dan ketaatan yang kita boleh lakukan. Sentiasalah mengajak sahabat2 utk bersama2 kerana siapa yang menunjukkan satu kebaikan itu seolah2 ia melakukannya. Wahai sahabat2ku sekalian..apa yang kita inginkan ialah mendapat syurga Allah bersama2 dengan amal taat kepada Allah s.w.t. dan ramadhan merupakan peluang yang terlalu besar kepada kita. Marilah kita bersedia utknya dari sekarang.


Akhir kalam..semoga Allah sampaikan kita kpd bulan Ramadhan almubarak dan seterusnya menemui lailatulqadar..aminn ya rabb..

-Jillul Izzah-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Kunjungan

    • 3,852 pelawat
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8 other followers

%d bloggers like this: