MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin wassolatu wassalamu a’la saiyyidina mursalin wa a’la a alihi wa sohbihi ajmaien,
Amma ba’d.
Saudara -saudari yang dihormati,
Madrasah Ramadahan sedang berangkat pergi meninggalkan dua golongan yang berada dalam situasi yang membahagiakan ataupun sebaliknya. Kesedihan melambai pemergiannya amat dirasai bagi jiwa-jiwa yang telah tulus dan gebu dengan taqwa.
Benarlah seperti yang kita ketahahui Ramadhan itu awalnya adalah rahmat. Namun berapa ramai daripada kalangan kita yang benar-benar merasai nikmat rahmat Allah. Sejak awal berpuasa umat Islam dihidangkan dengan gejala muslim tidak berpuasa, melakukan maksiat, membuang anak, remaja merempit dan pelbagai agenda maksiat yang tidak putus-putus.
Fasa ke dua menjanjikan keampunan. Namun tika ini, Allah menjanjikan syurga yang amat mahal. Syurga ini hanya layak untuk mereka yang benar-benar mengikuti kriteria-kriteria Allah. Yang penting kita tidak putus asa berusaha mencari keampunan Allah.
Seterusnya, fasa ke tiga adalah fasa klimak yang semua muslim mengharapkannya iaitu pelepasan daripada api neraka. Inilah nikmat yang paling unggul yang kita harapkan .
Saudara –saudari seiman,
Apa yang kita nanti-nantikan telah pun berlalu. Lailatul qadar, malam barakah, malam penurunan al-Quran, malam yang Allah janjikan kebahagiaan. Padanya tertulis rezeki, ajal maut dan sebagainya. Memilikinya ibarat kita beramal 83 tahun. Ketika ini malaikat turun membanjiri bumi. Para malaikat berzikir dan bertasbih memuji Allah. Beruntunglah bagi mukmin yang di anugerahi malam al-Qadr.
Tahniah kepada para pemuda yang ikhlas menghidupkan malam-malam mereka dengan ibadat (Qiamullail). Mereka ini menangis dan merintih memohon keampunan Allah.
Nabi Muhammad saw telah mengajar kita doa yang paling ringkas tetapi merangkumi semua iaitu “ Allahumma inni as aluka redhoka wal jannah” ya allah aku memohon pada-Mu redha-Mu dan Syurga.
Sehingga hari ini saya masih mendoakan agar Allah memakbulkan doa semua dan doa saya.

Para pemuda harapan agama dan negara,
Hari ini, ayuhlah! Kita muhasabah kembali , seperti yang kita maklum puasa ini dapat membentuk peribadi muslim yang soleh dan musleh. Kita seolah-olah seperti bayi yang baru lahir, suci daripada segala dosa. Namun cubalah kita berfikir sejenak adakah kita sudah berjaya mengubah diri kita yang kurang soleh kepada yang lebih bertaqwa?!.
Insyaallah semoga saudara–saudari dan saya mendapat kejayaan dalam mengharungi tarbiah Ramadhan ini.
Dikesempatan ini, saya, sebagai orang yang memikul amanah Allah ini ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan semasa menjalankan amanah ini .Saya juga menyeru kepada para pemuda khususnya yang beragama Islam, untuk bangun dari mimpi-mimpi dunia dan terus memasakkan cerucuk iman di dalam diri, membangunkan jati diri dan akhlak yang mulia, ilmu dan kemahiran serta bersama-sama mempertahankan maruah agama, bangsa dan Negara kita tercinta.
Wahai pemuda dan pemudi Islam! Sedarlah, kalian adalah aset agama, bangsa dan Negara yang bakal menerajui kepimpinan Negara suatu hari nanti.
Saya mewakili warga Persatuan Belia Islam Nasional, Pulau Pinang (PEMBINA) mengucapkan:

Taqobbalallah minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kita semua)
Minal a’eedeen wal fa ieezin
Kullu am wa antum bi khair.

Semoga Syawal yang menjelma memberi sejuta kemanisan dan kebahagiaan kepada semua.
Wassalam,

Mohd Izwan Ishak
Pengerusi ,
Persatuan Belia Islam Nasional
Cawangan Pulau Pinang (30 Ramadhan/ 9 September 2010)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Kunjungan

    • 3,832 pelawat
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8 other followers

%d bloggers like this: