Sekitar Program “Untukmu Belia”

Alhamdulillah, program Untukmu Belia yang berlangsung pada 22 Mei 2010 baru-baru ini berjalan dengan baik. Pihak PEMBINA  dan Kolej Komuniti Kepala Batas telah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan program lebih kurang dua bulan sebelum tarikh program. Namun, masih terdapat kerja-kerja yang terpaksa dilakukan di saat-saat akhir. Pada malam 21 Mei 2010, kesemua AJK PEMBINA dibantu … Continue reading

Program “Untukmu Belia”

Datanglah beramai-ramai ke booth “PEMBINA.COM” bersempena dengan: “FESKOM” di Kolej Komuniti, Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. PEMBINA mengadakan jualan * pakaian muslimah yang anggun untuk para pemudi, ibu-ibu dan kanak-kanak. * stokin tangan, * tudung, * buku * air jambu batu dan rojak JOM SINGGAH DAN MEMBELI DI GERAI KAMI ” PEMBINA.COM” OPPSS! Ada Ceramah … Continue reading

Career Night – Malam Kerjaya

 8 Mei 2010, Sabtu PEMBINA Pulau Pinang beserta kerjasama jawatankuasa Imtiyaz telah berjaya melancarkan program “Career Night” yang bertempat di Sekolah Menengah Taman Jelutong, Kulim. Program yang julung kali diadakan ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga 11 malam dan ianya berjaya menarik kehadiran kira-kira 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 5.  Objektif utama program ini … Continue reading

Imbasan Bedah Buku siri 2

Kepala Batas – Pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu, satu sesi “bedah buku” telah diadakan di surau Taman Bertam Perdana, Pulau Pinang. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh sekitar 35 orang peserta , termasuk wakil-wakil pelajar dari IPT-IPT berhampiran seperti Politeknik Kepala Batas, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Penang Medical College dan juga pelajar lepasan … Continue reading

Aktiviti: Bedah Buku

*Boleh klik pada gambar diatas untuk ke link galeri gambar & sebagainya. (Untuk browse gambar di page tersebut perlu selak seperti menyelak buku….hurm menarik kann tp mungkin leceh. InsyaAllah akan diubah kemudian bagi menyenangkan keadaan & insyaAllah akan diupload lagi gambar2 yang lain.).

Bedah Buku & KOBANNA

Assalamualaikum.. 24 January Ingin mewar-warkan program pembina bedah buku pada 24hb Januari (ahad ini) Jam 9 pagi. Dengan tujuan mengupas salah satu penulisan Mustafar Masyhur. Bagi sesiapa yang mempunyai kesempatan, boleh la luangkan masa ke program tersebut. Minum pagi insyaAllah akan disediakan. 30 January Dan dikesempatan ini, juga ingin diwar-warkan program Kovensyen Pemikiran Hassan Al-Banna (KOBANNA) pada 30 January … Continue reading

Liputan KASBI 09 Kontigen Penang

Qawiyul Jismi atau sehat tubuh badan adalah merupakan salah satu tuntutan kepada umat Islam terutama kepada golongan belia yang merupakan nadi kepada kebangkitan umat. Dengan kesungguhan untuk melahirkan belia-belia Islam yang bukan sahaja hebat kefahamannya tentang Islam dan berakhlak mulia, malah mempunyai kekuatan jasmani yang unggul, Pembina Nasional telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Islam Nasional … Continue reading

Jaulah Transborder

Tidak ada retorik yang paling hangat diperkatakan dewasa ini melainkan perubahan dalam setiap aspek kehidupan. Perubahan akibat kegawatan akhlak dan kepincangan misi hidup. Kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil sakitnya 3 elemen dalaman manusia; akal yang jahil, hati yang keras dan nafsu yang liar. Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat ini, Rasulullah s.a.w memulakan … Continue reading

  • Kunjungan

    • 3,852 pelawat
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8 other followers